demam mengundi kembali lagi
Hai apa khabar.? Sekarangkan musim meraih undi yela PRU -13. Sekarang saya ada di kelantan, cara rakyat disini menyambut PRU macam raya dah gamaknya. Apa tidaknya jam 2 3 pagi masih lagi berarak bawa bendera kat kenderaan masing masing.
Pertama kali lihat agak teruja bila cara mereka meraih undi lain dari negeri asal saya iaitu selangor. Poster an booth di dirikan di bahu jalan dengan meriah dan cantik hingga menyebabkan seorang kawan ni bergaduh dengan bendera yang di gantung.
Sesetengah cara pemasangan menyebabkan pengguna jalan raya sukar untuk melintas dan melihat ke arah bertentangan kerana bendera penuh di setiap tiang yang ada di atas jalan. Namun inilah keistimewaan Kelantan apabila menyambut PRU, penuh dengan semangat yang jitu untuk memastikan parti yang disokong itu menang.
Tidak memerlukan perbalahan atau menyalahkan mana-mana pihak kerana yang penting adalah semangat kesatuan anda.
No comments:
Post a Comment